Perang Jambatan berlaku pada bulan Oktober 634 M. Tentera Parsi
Sassanid di bawah pimpinan Panglima
Bahman Jadu menyusun semula kekuatan dengan strategi baru. Setelah mengenalpasti kekuatan serangan tentera
Islam adalah berasaskan kepantasan serangan tentera berkuda,
Bahman Jadu menggunakan khidmat tentera bergajah.Lokasi pertempuran ini terletak berdekatan dengan
Sungai Furat,
Kufah. Ketika hari pertempuran, tentera
Islam pimpinan
Abu Ubaid mara dan menguasai medan peperangan. Setelah keadaan tentera Parsi agak terdesak, Bahman kemudiannya menyerang balas terhadap tentera Islam dengan tentera bergajah mereka.
Bahman Jadu berpendapat penggunaan tentera bergajah dapat menyerap dan menahan serangan pantas pasukan berkuda tentera Islam. Akibat daripada serangan tentera bergajah Parsi, tentera berkuda Islam yang tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan tentera bergajah terpaksa berundur dan ini membuatkan tentera Parsi berjaya mengalahkan mereka.
Abu Ubaid terbunuh dalam serangan ini. Seramai 4,000 orang tentera Islam terkorban
syahid. Ketika itu tentera Islam kemudiannya dipimpin oleh Muthanna ibn Harith. Memandangkan serangan kali ini gagal dan tidak mampu menembusi pertahanan pasukan bergajah tentera
Parsi, Muthanna mengarahkan tentera Islam berundur dari medan perang. Pengunduran tentera Islam di bawah pimpinan Panglima
Muthanna ibn Harith berjaya mengelakkan tentera Islam terkorban dengan lebih ramai.Pada ketika Bahman Jadu ingin mengejar tentera Islam untuk menghancurkan kekuatan tentera Islam yang mempunyai petempatan sementara di Sungai Furat, Panglima Besar Parsi
Rostam Farrokhzad memanggil beliau supaya pulang ke
Madain, ibu kota Parsi kerana berlakunya masalah dalaman
negara. Ini menyebabkan pasukan tentera Islam terselamat daripada serangan balas pihak Parsi. Buat pertama kali, tentera Islam tewas dalam pertempuran dengan tentera Parsi.Selepas peperangan ini, tentera
Islam mula memperlahankan rentak dan mengambil sikap hanya bertahan dengan membina sebuah markas pertahanan di Kufah. Ini kerana terdapatnya masalah
logistik, kekurangan bekalan asas dan ketiadaan panglima perang yang cekap untuk memimpin tentera untuk menakluk negara Parsi. Dengan ini, operasi ketenteraan terhenti buat seketika waktu. Walau bagaimana pun tentera
Parsi masih menganggap garisan
pertahanan yang dibuat oleh tentera
Islam memberi ancaman yang serius.